Geng Zorro 181 (semua manusia HEBAT!)

Friday, May 17, 2013

Kisah Saiful Nang Yang Bodoh Piang Dan Cerita Arnab & Kura-kura


 
"BODOH" satu perkataan yg bagi saya "kasar".. tapi setelah terbaca satu cacatan dari seorang insan hebat ini..ia betul2 mengubah cara saya berfikir..
Ikuti catatan beliau:
 
 Sebagai seorang dyslexia saya membesar dengan stigma "BODOH" yang dilontar kepada saya hari-hari (ulangsuara, hari-hari tau...hangpa kena sekali pun bersilat hanyarr semua bunga hangpa tibai). Orang lain dah boleh membaca semasa darjah satu, tapi saya sangat lambat. Orang lain dah boleh menulis dengan baik, tapi tulisan kita masih tunggang terbalik.

Rupanya, kata-kata saya ini "Bodoh" itu buat saya seperti sekarang. Perkataan BODOH itu buat saya selalu fikir dalam diri kenapa saya bodoh dan mengapa saya tak pandai macam orang lain sedangkan saya dan orang lain sama dan cukup sifat.

Saya mula tukar persepsi saya tentang perkataan bodoh itu sebagai satu cabaran dan bukan satu masalah. Saya menduduki tempat ketiga akhir di dalam kelas secara konsisten sehinggalah saya masuk ke tingkatan 1. Dari tingkatan 1 saya menduduki top 5 keseluruhan secara konsisten sehingga tingkatan 5. Dari Sekolah Menengah Bandar Bera sehingga ke English College JB. Semuanya kerana saya rasa saya bodoh dari orang lain dan saya berusaha lebih tetapi konsisten.

Semasa sekolah rendah, semua top student akan pandang saya "spelleyy" (bahasa rempit maksudnya...pandang cikai. Cikai juga adalah bahasa rempit maksudnya pandang sebelah mata) dan saya pandang mereka seperti memandang Fong Sai Yuk ataupun Mahaguru Kungfu Jackie Chan dalam filem Drunken Master. Mereka sangat hebat dan saya sangat kerdil.

Kebangkitan bermula apabila UPSR saya yang sangat teruk itu menjadikan stigma kebodohan saya itu pada pandangan Si Pandai adalah satu sifat yang abadi. Disebabkan saya tahu saya bodoh, saya bertindak untuk menggandakan usaha saya untuk belajar lebih dari yang lain. Saya intai cara Si Pandai belajar sehari 2 jam lalu saya jadualkan diri saya untuk belajar 6 jam. Sampai masuk ladang sawit pun baca buku nota (masa tu buku kecil "Nota Fax" tapi saya order beli dari cikgu Firzan dengan sebutan "Nota Faks / sound like fuck - lalu bergolek-goleklah mereka ketawa dan saya masih tidak tahu apa itu "fuck").

Bermula dari peperiksaan penggal satu saya mula memintas kesemua top student sekolah rendah saya dahulu dengan mendapat tempat pertama keseluruhan tingkatan sehingga pada peringkat SPM saya menjadi pelajar terbaik di ASBJB (Semai Bakti JB) dan berada dalam kelompok 10 teratas di English College.

Ini orang bodoh yang sedar bodoh tetapi mengambil kebodohan sebagai satu cabaran dan bukannya masalah (emak kan dah pesan macam tu). Allah juga jadikan manusia ini mulanya tak tahu apa-apa pun. Bayangkan jika Allah jadikan kita terus dah ada Ph.D atau dah boleh cakap macam Professor Facebook? Mesti kita tak akan appreciate ibu bapa dan guru kita sebagai laluan ilmu kita kan?

Bayangkan kalau Allah tak hentam kita awal-awal yang mengatakan kita ini ZALIM LAGI BODOH (Al-Azhab,72) mesti kita rasa kita ini power macam Firaun. Allah bodohkan kita dahulu lalu Allah tunjuki petunjuk. Wawajadakadholl (Dan kami mendapati kamu bingung) Lam-fahada (lalu diturunkan petunjuk).

Soalnya, ramai yang sentap dengan perkataan BODOH itu sendiri. Cuba kita gunakan perkataan itu untuk muhassabah diri sendiri dan berterima kasih kepada yang panggil kita bodoh (saya dah biasa. Anda bila lagi?).

Ok...

Kadangkala kita tak mahu kosongkan gelas kita untuk terima air baru. Maka adalah orang yang perlu tumpahkan air itu supaya boleh diisi dengan air baru. Ataupun tak payah gatal-gatal nak air baru kalau bawa datang gelas penuh. Kalau nak juga dan degil juga nak adalah nanti tok guru yang pi simbah muka hangpa dengan air yang hanpa takmau kosongkan itu. Mudahnya, kalau orang datang kepada saya dalam kelas saya, biasa saya akan katakan kepada mereka "Anda datang untuk belajar dari saya, izinkan saya jadi laluan ilmu Allah itu dengan cara menundukkan kepandaian sediaada kamu dahulu". Kalau tak, macammana saya nak mengajar (boleh tanya ex-students saya di SNAP...depa tahulah macammana saya buat dalam kelas tapi hujung2 rating program 95% jugak).

Bila kita rasa pandai, orang sedang perhatikan kebodohan kita. Bila kita rasa bodoh, orang sedang perhatikan kepandaian kita. Jika anda berjumpa dengan mereka yang berilmu, tundukkan ilmu kita agar ilmu orang itu mampu mengalir kepada kita.

Hanya orang pandai yang mampu mengaku bodoh kerana orang bodoh tak perlu mengaku bodohpun orang boleh tahu mereka bodoh. Bodoh akan dilihat walaupun menyamar macam pandai DAN pandai boleh dirasai walaupun disembunyikan.

Isu BODOH ini kena ambil positif. Perkataan itu tidak salah sebab itu ia masih ada dalam kamus Dewan. Penerimaan perkataan bodoh itu yang perlu dipositifkan.

Suka tak suka, proses yang fitrah untuk belajar ialah dengan mengaku bodoh. Kalau tak mengaku bodoh asyik nak mengaku pandai sahaja mesti perlu ada orang yang membodohkan si perasan pandai itu. Konsep BERLAPANG DADA untuk belajar ini perlu. Bagaimana anda datang kepada seorang guru untuk belajar tetapi dalam dada anda sudah penuh dan sempit untuk dimasukkan ilmu lain.

Banyak perumpamaan saya beri. Jika anda tanya saya, antara pujian PANDAI atau kutukan BODOH, yang mana lebih membawa saya ke peringkat yang ada sekarang?

Saya akan jawab...BODOH. Kerana merasa bodoh itu saya berusaha dengan konsisten untuk memandaikan diri. Jika saya rasa saya PANDAI, saya akan rileks siap tidur bawah pokok semasa perlumbaan dengan Si Kura-kura yang bodoh itu. Faham tak apa yang saya katakan ini? Kalau tak faham confirm anda orang pandai. Kalau faham maknanya anda pun sama macam saya yang bodoh juga.

Artikel ini hanya untuk orang-orang bodoh dari orang bodoh. Yang rasa pandai, sila jangan baca kerana anda akan mencemari kemurnian kebodohan ini



Selamat Hari Guru!


SAIFUL NANG
Pemikir Bodoh Piang
sumber dikongsi dari : https://www.facebook.com/snfanclub

Friday, October 12, 2012

Snorkeling Hard at Redang Island

10 - 12 September 2012 yang da sebulan lepas.. kikiki.. lagi lambat aku update.. bukan ape.. aku ni bz.. bz gemokkan badan.. Kembali kepada cerita asal.. haaa.. Aku berpeluang menerjah ke Pulau yang Tercantik di Malaysia atau antara 10 tercantik di dunia.. Pulau Redang. Aku pergi nan 11 lagi kengkawan yang separoh darinye aku berkenalan di sana.

Di Pulau Redang, kami menginap di Redang Pelangi Resort dengan pakej bajett punye.. RM350. Pakej termasuk: Parking kete di jeti, boat pergi dan balik, penginapan(ekon) 3H2M, makan 8 kali termasuk sekali BBQ dan Snorkling 3 kali (cukop untuk hitamkan kulit) sekali nan snorkling gearnye rental. Tapikan, aku nasihatkan better bawak snorkling mask sendiri.. tak rela aku nak kepat bekas mulut ntah sesapa sebelom ni an.. ish...
 Sampai je, kami lepak kat sini dulu, sambil tunggu Nai setelkan tuk dapatkan bilik. ni aku nak promote sikit. kawan kesayangan aku ni si Nai rajin lerr buat trip jenjalan ni. dia ni bekas Pemandu Pelancong. Jadinye, aku memang suke ikut trip dia. Senang, sebab dia ade pengelaman. Dia pun rajin ngambik gambo serta gambo di amik cantik. kalau korang rase nak kenai atau nak ikut trip dia cari la dia kat pesbuk. kat gambau2 ni ade nama pesbuk dia.
Lepas 'check-in' (bukan Cik Ein okay), agak-agak dalam jam 4.30 petang gitu tibe la seruan snorkling pertama.. hah! tak sabau nak meneroka laut yg katenye antara yang tercantik ni.. Macam biase Cik Nai akan setelkan semua equipment, kami tinggal kutip ikut saiz je. Yang mane tade mask sendiri terpaksa la *kepat ke bekas-bekas orang tu ye..
Yang ini datin memon, asalnye dia ta itam cam ni, tak caye tengok gigi. Kulit asal macam cinta katenye. Kaaatenyee la an.. Dek kerana hobinye sebagai seorang rider, maka rentung gini jadinye. Bab rambut tu.. 'Ori Ok!".
Ishh.. tunggu ape lagi?.. da setel semua equipmen, life jaket, mask dan sebagainye (paling penting under water camera). JOM! kite kelaut...

Hah.. da duk dalam bot pun memasing.. pakcik yang baju oren tu driver bot ni.. grau kasa pakcik tu.. ape ntah name nye.. pak mat asenye.



Cik ein, sonok dapat menn nan ikan..

Ini cara buang air lau da masuk dalam mask.. tapi aku ase, dia nga bersin ni..
Ini antara gambau-gambau under water tuk 1st trip snorkling.. best kan.. ade orang kate lau dive lagi best.. terpulang kepada individu. bagi aku setakat ni la.. aku boley cakap.. "mak seram nyah nak masuk dasar laut yang sangat dalam dan gelap gulita itu"..hihi.. tapi mcm ade angan la nak amik lesen. 
Hah.. da penat sekodeng ikan, coral etc kat dalam laut tu.. kite isi perot dulu.. pakej 8 kali makan kan.. rugi kalau ta makan.. yang tengah menyudu tu paling kuat makan.
Lepas tu, nek bilik.. siap.. kemudian turun.. maaakan lagi.. tapi makan malam la pulak.. 1st night ni kami dihidangan dengan BBQ.
Radio Buruk!.. korang penah main nih?.. ini aktiviti sendiri-sendiri kami lepas makan malam.. duk tepi pantai atas pasir ramai-ramai.. ayat dia cenggini... "kami doblas org pergi redang duk kat pelangi beach resort, snokerling, makanan tak sedap"... kikiki

Tapi Sebenarnye....

Si Dudu punye besday rupenye.. itu yang saje-saje memalam pi pantai. Dudu ni anak merdeka, anak sulung yang lahir pada 31 Ogos 198_. mesti sonok mak bapak dia mase tu kan.. anak sulung, dapat plak timing cantik. Al-kisah kena tepung lambat sket sebab time 31 Ogos tu tak cun tuk ditepungkan.
Kasian Dudu kan?

Big L for dudu.. ahahha.. kesian Dudu.. ini semua Dada n Nai punye angkara.. Didi ta campor.. didi just amik gambau je.. okay..
Dengan muke n badan yang bertepung.. kami bawak dudu jalan keliling pulau..(tak keliling mane pun.. ke resort sebelah je..)
Kat Pulau Redang ni wujudnye satu tempat yang di panggil 'Blue Sand'.. nak ta ape dia?.. kena la p Pulau Redang.. hihi.. okay aku citer sket.. yang kami duk telek beria benor kat pantai tu.. itu la.. kite selak-selak sket pasir tu.. kite boleh jumpe sesuatu yang mcm berlampu biru.. berkelip like kunang-kunang.. Dapat imaging tak?.. ta dapat kena la p Redang.
Eh.. boley plak kite poco-poco plak.. sebenanye kat depan kami mase ni ade life band.. sekali sorang poco-poco.. yang lain ikut..

Keesokkan harinye...

Bersedia untuk trip ke-2 snorkling.. lokasinye, Taman Laut Pulau Redang.. Tak sabau asenye. Aku tak mandi pun mase ni.. kikiki..
Brader rambut cam kena sagat kipas boat nga bagi citer2 ape yang best dlm Taman Laut ni..

Tarikan pertama taman laut, kekawan ikan yang entah berape juta ekor.. seronok dapat masuk dlm geng ikan ni.. perghhh!
Coral yang kaler biru tu kembang semangkuk asalnye.. tapi bile dihampiri dia malu.. kuncup terus.. aiseyh.. nak dara sunti kot.
Cantik betul Taman Laut Redang ni.. airnye jernih boleh nampak jelas coral n ikan2 dia.
Yang kaler putih, biru dan kuning tu dipanggil 'cristmas tree'. ini pandangan dari atas. Kalau dari tepi, bentuk pokok tecik ni memang macam pokok krismas. Sama macam yang tadi, apabila dihampiri ia akan masuk kedalam.
Inilah serba sedikit gambau-gambau kenangan di Taman Laut Pulau Redang yang dapat aku kongsi dengan korang. Taman laut dia memang cantik. 
Yang pakai spec itam ni kate muke dia time ni macam Adi Putra makn roti bakar... yang baju itam tu akan sentiasa bahagia selagi dapat makan.
Adik memang selalu beremosi dengan roti.
Lepas penat ber'Taman Laut' kami pulang ke Redang Pelang Resort untuk makan tengahari. Hidangan di sini ala-ala masakan cina. tengahari tu  kami makan itik. Ayam dan ikan pun ade. Aku memang suke masakan cina ni. Lepas makan kite berehat di bilik masing-masing ready for snorkling terakhir pada pukul 4.30ptg pulak. Haa.. gambau yang korang tengok kat atas ni adalah minum petang selepas sesi snorkling terakhir sebenarnye.
Agak mengigil lutut ku semasa memanjat tu amik view ni.
Pas makan.. tapi ase gian lagi nak snorkling.. Jadinye kami sambung la skodeng ikan kat depan resort je. Sebenarnye, ape yang menarik di Pulau Redang ni, bukan saja di Taman Laut.. di depan resort ni pun dah ade sket2 coral dan ikan comel-comelnye memang banyak di sini.


Aku tak join sesi yang kali ini, sebab aku lebih berkeinginan tuk rakam gambar-gambar di sekitar.


Macam sampah.. tapi bile kena angle.. cun jugak an..
cantik coral yang da mati ni.. Aku abadikan dalam bentuk nama model majalah di atas.
Amboih.. berjalan tangan hayun sekali.
View dihadapan resort je
Diantara gambar yang menarik untuk dikongsi bersama..
Aku lupe nak cite pasal tupai ni.. tupai ni antara yang menarik di Resort ni.. ase ade dalam 10 ekor kat sini. nampak jinak. tapi tanak dipegang. bagi makan amik pastu dia pi jauh sket dari kite. Comel binatang ni. lau jinak boley peluk-peluk mau ade yang bawak balik.


Makan Malam terakhir kami bersama di Pulau Redang. Walau makana di Resort ini tak seenak kami di Tioman, tapi kenaangan dengan geng baru yang kepala ting tiong memang tak dapat dilupakan. Tak larat nak ketawa la an.


Acara Seterusnye.. Jeng Jeng Jeng...
Tengok dari awal susunan gamba tu, dia nga rancak borak, ta pasan pun kat belakang Nai da ready dengan telur nak pop atas kepala dia. Bile orang nyanyi lagu happy birthday, dia mcm tercengang dulu.. kikiki..
Penerangan: 1. Dada cube pecahkan telur di tangan.. tak berjaya.   2. Lalu dia ketuk kat lantai (baiknye, macam Nai ketuk terus atas kepala).
Ok, sesi kasi tepung pulak.. nampak jahat benor dua orang ni kan..
Sekarang semua join...
kah kah kah.. rupenye ade orang seboleh-boleh sembunyi besday dia.. takut kena tepung telur. Tapi malangnye masih mampu dihidu oleh Nai n Dada... abis la.. 
Snap!!.. penah menn bende ni tak?.. bukan main seronok lagi main ni.. 1st time maenn ni.. gelak je lebey...


Abis maenn Snap, sebih kurang jam 3.00 pagi kami masuk tido. Esok da nak balik ke rumah masing-masing.. huhu..

Kami Da nak Balik..
 Sebelom balik harus la bergambau beramai-ramai.. semua kena lompat. Sambil diperhatikan oleh cegu yang bertudung berpeluk tubuh tu.

Selamat Tinggal Redang.. sob.. sob.. sob..
Da sampai jeti.. erm jeti ape ntah name.. da lupe.. kami beli baju sama.. ikikiki..

Saye Nak Pegi Redang Lagi!!!.. tak pun dapat p jenjalan nan korang pun best.. ni 12 orang kepala boleh masuk satu botol!..




Wednesday, October 10, 2012

Selamat Hari Kelahiran CIK EIN..


3 Oktober 2012 yang lalu... haa.. lambat nak update kan.. aku dan 2 orang lagi kawan aku Nai & Koknga.. sorang dari Melaka, sorang lagi dari Negeri Sembilan.. dan aku sendiri dari Pahang, pakat-pakat buat sprais kat sahabat kesayangan aku "Cik Ein".. sehari sebelom aku da cakap kat besday girl, aku nak belanje dia kat "Victoria Station, Taipan".. tapi dia tak tau plak ade dua lagi kawan, iaitu Nai n Koknga..

Victoria Station, Taipan

Pakat-pakat sampai USJ agak-agak jam 1.00 Petang kami bertemu di kedai beskal "Heavy Tools" yang terletak di SS14/1, Subang Jaya. Beli beskal tuk besday girl.

XDS Zero38, Limited Edition



Okay next, kami p kedai bunge berdekatan beli bunge (tak kan beli biskut plak). Bunge ni kami buat dummy je.. sb aku sampau Subang.. Cik Ein da call.. tanye aku kat mane.. sebab dia da lapar sangat.. jadinye aku cakap la aku nak beli 'sumthing' tuk besday dia.. hihi.. jadinye beli bunge la.. murah sket kan..
kami pilih lain.. lain yang Filiphino tu gudah.. tapi cantik je..

bergambo jap..
Filiphino girl tu taaakk abis-abis bebel "she must be so lucky".. iyo la.. kawan-kawan datang dari jauh tuk seleb besday dia.. dapat beskal plak tu.. yeahh, the biggest sprais for a girl who deserve...

Next kami terus ke Victoria Station, Taipan.. letak basikal kat situ.. Staff situ emangnye sporting sangat.. sebelah Victoria Station tu Secret Recipe.. haaa.. memang cun kan.. kami beli plak Carrot Brownies.. ermmm.. memang sodap la kan...

Aku tinggal semua bende kat Nai n Koknga (cik EIn kan tatau yang depa dorang ade).. aku p jemput Cik Ein kat umah dia.. Dia masuk kete je.. aku bagi bunge n wish "Supraise, Happy Birthday!"..   (konon2 ni supraise la)... dia senyum hepi sangat.. aku tanye dia "Awak da bley agak ae, Saya nk bagi bunge?".. dia senyum je.. "Tengkiu.." katenye..

"Sori la.. saye tade bajet nak beli hadiah memahal.. sebab saye kan nak belanje awak makan steak kat Victoria Station". Aku menambah. "Tak pe, asal ade kawan-kawan yang ingat, saya da cukup gembira". Ikhlas sungguh dia.

Sampai je tempat di tuju, aku buat permintaan supaya Cik Ein bawak bunga yang aku bagi tu masuk dalam Victoria. Cik Ein menurut je. Seeeeenyummm je dia. senangkan?

Mula-mula melangkah masuk. dia ta pasan lagi.. sekali masuk dalam gerabak keretapi api.. dia terkejut "Supraise!!!... Happy Birthday Cik Ein!!" jerit Nai & Koknga. "Ini betul-betul supraise ni!" balas Cik Ein, Bergenang air mata dia.

   Seterusnye, macam biasa,, nyanyi & tiup lilin, potong kek. order makan. Sambil rancak makan, rancak jugak la berborak. Cik Ein betul-betul tak sangka, kawan-kawan sanggup datang dari jauh semata-mata nak seleb besday dia. Air muka dia sangat bersyukur memiliki kawan-kawan seperti aku, Nai & Koknga. Alhamdulillah.

Happy Birthday Cik Ein Sayanggg..

Sedang leka menyantap steak yang memang AAA sedapnye.. nai panggil macam berbisik je " Cik Ein~.. tengok belakang~.." kate Nai. Waiter Victoria Station datang bawak MTB XDS zero38, Limited Edition tuk Besday girl. GLUPPPP!.. tercekik steak Cik Ein... "DD.." jerit Cik Ein.. mase ni.. muke dia.. memang super dupper 'Tannjatt Boboi'.. steak dalam mulut tu tercekik tu da kua balik.. "Tanjatt tak, tanjatt tak?" usik si Nai.

"Memang saya sangat terperanjat.. korang ni.. memang betul-betul nak buat aku menangis..." kate Cik Ein.. "Ape lagi.. amik la beskal tu.. kang saya amik kang" usik Nai lagi.
Malu, Terharu, bahagia, gumbira. Perasaan bercampur baur. 
Okay, da stady. Senyum mu menawan.. hihi
   Okay, itu la ceritanye.. Seperti ape yang Nai cakap.."the biggest sprais for a girl who deserve..." sama la apa yang aku fikirkan.. Cik Ein orangnye sangat penyabar, baik hati, sayang kawan-kawan ikhlas, tegas... kekadang kuat bebel.. ahahhaha...

Saya sangat bertuah kerana saya salah seorang kawan awak. Awak ade ketika susah senang saya. Sejak saya kenal awak 7 tahun dulu.. bila saya sakit awak ade.. bila saya jatuh, awak bangonkan, awak bagi semangat kat saya.. dan baru saye sedar.. ketika awak jatuh.. saya tiada. kerana awak tak penah mengadu, tak pernah muncul saat awak jatuh. Sayang Sayang Awak.. Saya bertuah memiliki Seorang Sahabat seperti awak. Tengkiu..